Segak bergaya: Adnan dan Ja
Sebenarnya sepanjang pembentangan kertas kerja oleh kawan-kawan saya, saya sibuk di bilik urusetia (buat-buat sibuk?). Namun untuk memberikan sokongan sivik, tata susila dan moral, saya minta kebenaran daripada ketua saya untuk keluar melihat pembentangan kawan rapat saya iaitu Adnan dan Ja.
Ini pertama kali saya melihat Adnan membentang (dan pertama kali Adnan membuat pembentangan). Dan bagi Ja pula dia sudak masak dengan acara bentang membentang ni, dia dah banyak kali bentang. Pembentangan mereka pasal makanan segera. Seperti Mek Zue, saya juga pengemar makanan segera. Maka secara jujur topik ini amat menarik hati saya.
Sebagai pengemar makanan segera (sebab boleh segera makan, he he he), banyak juga persoalan yang timbul di kepala saya apabila melihat pembentangan mereka. Saya ada la juga menanyakan beberapa soalan (dalam bahasa inggeris kepada mereka). Dan Adnan dan ja membuka soalan tersebut kepada khalayak (pulak dah).
Saya tidak pandai sangat dalam hal pemasaran, sebab saya orang ekonomi (tetapi masih taraf amatur...he he he), tetapi penjelasan yang dibuat oleh pembentang, pengerusi dan Kak Mei (bekas ketua Jabatan Pemasaran) berjaya memberikan sedikit sebanyak input kepada saya.
Saya seronok dan berpuashati dengan sesi pembentangan tersebut, ianya hidup, ria dan meriah. Kepada saya (secara peribadi) perbincangan yang timbul selepas pembentang membentang itulah memberikan input yang lebih berkekalan berbanding dengan hanya pembentangan semata mata (dan selepas itu khalayak senyap sunyi, sepi dan semua orang buat-buat minum air minirel...)
Jan: Syabas untuk kawan-kawanku...