Uniten ada menghantar pelajar untuk misi sukarelawan membantu mangsa banjir Kuantan. Misi mereka bermula 11 Disember hingga 14 Disember 2013. Mereka akan bernaung dibawah Majlis Belia Malaysia dan ditempatkan di Wisma Belia Kuantan. Antara tugas mereka ialah membersihkan sekolah, rumah staf TNB yang menjadi mangsa banjir dan rumah2 sekitar Kuantan.