Saya sering terpaksa berdiplomasi dengan para pelajar yang mahu melanjutkan pengajiannya ke tahap sarjana dan kedoktoran. Ada yang sebenarnya belum layak.
Bagaimana saya tahu?
Mudah saja. Apabila ada yang berura-ura mahu menjadi calon pengajian masters atau Ph.D. datang menemui saya dan tanpa segan sila berkata, "Profesor, saya mahu mengambil Ph.D. tetapi saya belum tahu tajuk tesis!"
Sah, calon ini belum menguasai bidangnya dan tidak pun tahu apa yang mahu dikajinya. Pada tahap pengajian pasca, kita perlu menguasai bidang kita. Apabila kita sudah menguasai bidang kita, ia bermakna kita sudah dapat mengenal pasti sesuatu isu atau perkara yang perlu dikaji.
Bagaimana saya berdiplomasi, hanya berkata "Bacalah buku ini ... bacalah buku itu ..."
Kadang-kadang mereka berkata, "Profesor tahu tesis mana yang saya perlu baca?"
Kata saya, "Jangan baca tesis orang ... bahaya, nanti kita tiru dia ..., lagipun tajuk tesis kita perlu ditentukan oleh kepakaran sendiri, bukan tesis orang. Hmmm!"
Dalam hati saya berkata, "Profesor kangkung mana yang mengajar Si Mamat ini!"

No comments:
Post a Comment