Aktiviti Terkini

Lawatan Panel Penilai MQA (29 - 30 Julai 2010)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 19 - 28 Mac 2010

Amanat tahun baru dari VC 26 Januari 2010

Majlis menandatangani MoU bersama Mahasarakham University di Uniten Bangi pada 11 Januari 2010.

Retreat di Hotel Emperor Melaka dari 11/12/09 hingga 12/12/09.

Monday, April 11, 2011

Majlis student di Swiss Garden

31 Mac yang lalu student marketing ada buat Majlis sempena tamatnya mereka belajar disini. Majlis dibuat di Swiss Garden Kuantan. Semua pensyarah Marketing dijemput hadir.


Pengerusi Majlis (student)


Pengiring (student)


Wakil HOD (Pensyarah)... En. Ja ni dipaksa memberikan sepatah dua kata. Emi memberikan hadiah cabutan bertuah
Makanan yang disediakan...
emi makan...
Zul menelan air liur...
zue makan juga


Thursday, March 10, 2011

Latest picture

Baru2 ni kami ahli2 Maed telah mengadakan sesi photographing di perkarangan library. Namun begitu, kami masih belum dapat untuk mengumpulkan semua ahli Maed untuk bergambarbersama atas faktor komitmen masing2.


Barisan depan dari kiri: Hamizah, Haji Osman (HOD), En. Sakarno (Dekan) dan Zuraini.

Barisan belakang dari kiri: Dr. Baharuddin, Adnan, Zulkeflee, Abd. Rahman dan Khairul Nizam.

Tiada dalam gambar ialah Cik Mahiah mantan Hod, Prof. Dr. Basheer dan Cik fadzilah.

Monday, February 7, 2011

Simone terharu...

Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan usahawan dan pemasaran yang membuat rombongan ke Kamerong. Kalau tidak sampai tua pun belum tentu dapat saya injak tanah tinggi sejuk tersebut.
Rasa terharu biru ini tak dapat saya sulamkan dengan kata-kata atau penulisan. Hanya sekalong penghargaan yang tak terkata daripada Simone (sebutan Simon).
Buai laju-laju, apa dalam baju, sekuntum bunga Seterowberi...

Sejuk dalam dakapan hangat, tiada manisan dalam madunya...

Bunga seribu kumbangnya satu...

Sampai tika saya menulis posting ini saya masih terharu. Orang kata hidup sorang senang nak gi jalan mana-mana. Tapi payah bagi saya...
Entah bila lagi dapat pergi...mungkin hanya dalam mimpi. Namun kalau terpegi lagi pada suatu hari nanti yang tak pasti...saya akan ingati juga yang pertama kali dalam hati...
Kak Mea, Zul, Adnan dan Sue. Amy, Mek Zue dan Nora... Terima kasih daun Seterowberi, ada masa boleh tak kita pergi lagi?


Beronggeng di cameron highlands

Sekali lagi Maed berjaya beronggeng last minit. Kali ni beronggeng ke Cameron Highlands. Tujuan ronggeng kali ini adalah untuk membawa Simon menjejak kaki ke Cameron buat kali pertama.

Simon di Boh tea Centre, sungei Palas. Dia pakai baju Shahputra!

Simon dan Rakan2

Simon dan Zul

Simon di Kaunter tiket Mardi

Simon kesejukan

Simon?

Simon dengan Kak Mae (Ketua Rombongan)


Friday, January 21, 2011

Pertandingan menembak.

18 Ogos 2010 nan lalu ada Pertandingan Menembak Jemputan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Negeri Pahang.

Ia diadakan di Lapangsasar TLDM Tanjung Gelang. UNITEN dijemput untuk menghantar 1 team. Saya salah seorang ahli yang berada dalam team UNITEN.

Penganjur memberikan sepatah dua kata

Menembak weapon M16. Baju biru tu TNC.

Menembak pistol (Gloc) sebelah tangan.

menembak pistol juga disiplin dua tangan

team UNITEN. Syahrul, Fadzlin, Dr. Shaari, ahli Maed dan en Yahya

Gaya TNC
Gaya En. Yahya


Gaya hero

Tuesday, January 4, 2011

Jom ke Pesta Buku 2011


Jom kita ke pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2011 pada 22 april 2011 - 1 mei 2011 di PWTC kuala lumpur.

Wednesday, December 1, 2010

Sivik dan moral...

Segak bergaya: Adnan dan Ja
Sebenarnya sepanjang pembentangan kertas kerja oleh kawan-kawan saya, saya sibuk di bilik urusetia (buat-buat sibuk?). Namun untuk memberikan sokongan sivik, tata susila dan moral, saya minta kebenaran daripada ketua saya untuk keluar melihat pembentangan kawan rapat saya iaitu Adnan dan Ja.
Sempat saya menumpang glamour bersama mereka...

Ini pertama kali saya melihat Adnan membentang (dan pertama kali Adnan membuat pembentangan). Dan bagi Ja pula dia sudak masak dengan acara bentang membentang ni, dia dah banyak kali bentang.
Pembentangan mereka pasal makanan segera. Seperti Mek Zue, saya juga pengemar makanan segera. Maka secara jujur topik ini amat menarik hati saya.
Sebagai pengemar makanan segera (sebab boleh segera makan, he he he), banyak juga persoalan yang timbul di kepala saya apabila melihat pembentangan mereka. Saya ada la juga menanyakan beberapa soalan (dalam bahasa inggeris kepada mereka). Dan Adnan dan ja membuka soalan tersebut kepada khalayak (pulak dah).

Kelihatan Adnan menutup mulut tergaman mendengar pertanyaan saya...
Saya tidak pandai sangat dalam hal pemasaran, sebab saya orang ekonomi (tetapi masih taraf amatur...he he he), tetapi penjelasan yang dibuat oleh pembentang, pengerusi dan Kak Mei (bekas ketua Jabatan Pemasaran) berjaya memberikan sedikit sebanyak input kepada saya.

Kak Mei dengan steadynya menerangkan sesuatu terhadap persoalan saya.

Saya seronok dan berpuashati dengan sesi pembentangan tersebut, ianya hidup, ria dan meriah. Kepada saya (secara peribadi) perbincangan yang timbul selepas pembentang membentang itulah memberikan input yang lebih berkekalan berbanding dengan hanya pembentangan semata mata (dan selepas itu khalayak senyap sunyi, sepi dan semua orang buat-buat minum air minirel...)
Jan: Syabas untuk kawan-kawanku...

Tuesday, November 30, 2010

International Economic & Business Management Conference

23hb Nov - 24hb Nov nan lalu berlangsung International Economic & Business Management Conference di Hyatt Kuantan.

Marketing & E.D Department members also memeriahkan majlis tersebut.

Hari pembukaan dan perasmian

posing selepas perasmianbersama dekan, En. SakarnoKak Fazi jadi ChairpersonEn. Zul pun jadi Chairperson
Dr. Baha punHaji Osman present paper Ja pun present paper juga
Giliran Zue
Amy penuh semangat
En. Rahman dapat sijil lepas dia present paper.

Tahniah kepada semua ahli MaED.
Semua ahli MaED telah terlibat membuat presentation research paper masing2. Maaflah jika tiada gambar semasa presentation kerana photographer pun berdebar2 menunggu giliran untuk present.

Thursday, October 7, 2010

Persedian makanan pihak MaED

Gambar diatas menunjukkan ahli mesorat tingkap Maed sedang membuat persiapan makanan bagi majlis hari raya aidilfitri COBA.

Untuk majlis tersebut, MaED dipertanggungjawabkan untuk membawa pencuci mulut. Untuk itu, ahli mesorat tingkap telah memutuskan bahawa setiap ahli MaED boleh membuat sumbangan ikhlas berbentuk RM bagi membuat persiapan. Duit sumbangan dipegang oleh bendahari MaED iaitu Cik Zue. Pihak COBA juga telah memberi RM150.

Cik Amy merupakan Chef terkemuka MaED telah bersetuju untuk menyediakan menu istimewa iaitu Puding Seindah Rupa. Antara menu lain yang disediakan oleh MaED ialah kek, buah dokong, anggur, apple rendaman istimewa dan kuih muih.

Alhamdulillah, menu MaED diterima seadanya oleh pihak COBA. Syabas!!!

Dr. Baha


Assalamualaikum.

Selamat datang ke Department Marketing and Entrepreneur Developement kepada Dr. Baharuddin Kadir.