Aktiviti Terkini

Lawatan Panel Penilai MQA (29 - 30 Julai 2010)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 19 - 28 Mac 2010

Amanat tahun baru dari VC 26 Januari 2010

Majlis menandatangani MoU bersama Mahasarakham University di Uniten Bangi pada 11 Januari 2010.

Retreat di Hotel Emperor Melaka dari 11/12/09 hingga 12/12/09.

Wednesday, May 18, 2011

Profesor Kangkung - Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Ada beberapa orang bertanya kepada saya melalui nota dan sms tentang makna Profesor Kangkung.

Memang benar kiasan ini dicipta oleh Almarhum Prof. Datuk Dr. Syed Hussein Alatas. Saya pernah mengikuti kursus sosiologi daripada beliau semasa belajar di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau memang bijaksana d...an kuliah beliau penuh dengan analogi.

Kangkung yang beliau maksudkan itu adalah kangkung air atau kangkung kolam yang akarnya tidak membumi. Kangkung yang hidup di permukaan air saja. Boleh hanyut juga. Oleh sebab itu profesor kangkung ini adalah profesor yang dangkal ilmunya, tidak mantap.

Nota: Dulu kangkung tumbuh di kolam, yang tumbuh di atas tanah ini adalah klon baru.

KERESAHAN DI MENARA GADING - Prof. Emeritius Dr. Abdullah Hassan

Selepas menerima Ph.D. pada tahun 1972, saya terus berkhidmat di universiti. Dalam jangka masa 40 tahun ini saya menjadi ketua dan dekan selama 20 tahun lebih. Banyak yang saya lalui, alami dan perhatikan.

Ada suatu perkara yang sering saya hadapi. Ramai tenaga pengajar baru yang perlu menyambung pengajiannya ...ke peringkat doktor falsafah, enggan pergi melanjutkan pengajiannya ke luar negeri, ke negara berbahasa Inggeris. Kenapa? Paling mudah kita dapat saja 'menyalahkan' bahasa Inggeris; penguasaan bahasa Inggeris mereka sangat lemah. Ada benarnya.

Namun, sebab yang lebih ketara kepada saya, dan jarang diakui, bukanlah itu. Daripada pengamatan saya, yang "takut" keluar negara ini adalah mereka yang pengetahuan ilmu asas dalam bidangnya, dan ilmu umumnya adalah dangkal. Sekalipun nilai gred yang didapatinya menunjukkan 3.5 ke atas, atau banyak benar A dalam transkripnya.

Penyelesaiannya: Bantu mereka menguasai ilmu ini dengan mengendalikan kursus seperti falsafah, kesusasteraan, psikologi, sejarah ... dapat saja diperpanjang senarai ini menurut keperluan. Dan di samping itu bantulah mereka meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris. Mungkin ada baiknya mereka mengikuti sesi 'a reading course' pada seorang profesor yang berpengetahuan.

Kemudian barulah mereka dihadapkan ke jawatankuasa temu duga.

Saturday, May 14, 2011

Tuan Belum Layak - Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Saya sering terpaksa berdiplomasi dengan para pelajar yang mahu melanjutkan pengajiannya ke tahap sarjana dan kedoktoran. Ada yang sebenarnya belum layak.

Bagaimana saya tahu?

Mudah saja. Apabila ada yang berura-ura mahu menjadi calon pengajian masters atau Ph.D. datang menemui saya dan tanpa segan sila berkata, "Profesor, saya mahu mengambil Ph.D. tetapi saya belum tahu tajuk tesis!"

Sah, calon ini belum menguasai bidangnya dan tidak pun tahu apa yang mahu dikajinya. Pada tahap pengajian pasca, kita perlu menguasai bidang kita. Apabila kita sudah menguasai bidang kita, ia bermakna kita sudah dapat mengenal pasti sesuatu isu atau perkara yang perlu dikaji.

Bagaimana saya berdiplomasi, hanya berkata "Bacalah buku ini ... bacalah buku itu ..."

Kadang-kadang mereka berkata, "Profesor tahu tesis mana yang saya perlu baca?"

Kata saya, "Jangan baca tesis orang ... bahaya, nanti kita tiru dia ..., lagipun tajuk tesis kita perlu ditentukan oleh kepakaran sendiri, bukan tesis orang. Hmmm!"

Dalam hati saya berkata, "Profesor kangkung mana yang mengajar Si Mamat ini!"


Tuesday, May 10, 2011

Dept. Members

Who are our department members? This posting is exclusive to introduce department members into this blog. People said, tak kenal maka tak cinta. Our Head of department, Haji Osman Chin.


Prof. Dr. Basheer Al-Alak from Iraq.


Mantan HOD, Miss Mahiah Said. Always happy go lucky...



Miss Fadzilah Embong. Dermawan and belanjawan...


Mr. Zulkiflee Abd. Razak a.k.a Zoul


Mr. Khairul Nizam Surbaini. Tokei Murtabak.


Miss Hamizah Jamaluddin. Bakal bergelar Doktor.


Miss Zuraini Abdullah Zawawi. Suka makan kerepek sambil menaip nota.


Mr. Abd. Rahman Zahari. Sentiasa tenang dan cool...


Doktor Baha

Dr. Baha dah berhenti dari Uniten. Kami sepakat untuk membuat majlis perpisahan di Lanjut Beach Resort. Kami juga menyediakan hadiah kenagan kepada beliau. Dr. Baha di tempat kerjanya.
Ini hadiahnya...

Kami menulis sesuatu di belakang hadiah tersebut


Hadiah disampaikan oleh Haji Osman (HOD) selaku wakil department.