Aktiviti Terkini

Lawatan Panel Penilai MQA (29 - 30 Julai 2010)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 19 - 28 Mac 2010

Amanat tahun baru dari VC 26 Januari 2010

Majlis menandatangani MoU bersama Mahasarakham University di Uniten Bangi pada 11 Januari 2010.

Retreat di Hotel Emperor Melaka dari 11/12/09 hingga 12/12/09.

Wednesday, May 18, 2011

KERESAHAN DI MENARA GADING - Prof. Emeritius Dr. Abdullah Hassan

Selepas menerima Ph.D. pada tahun 1972, saya terus berkhidmat di universiti. Dalam jangka masa 40 tahun ini saya menjadi ketua dan dekan selama 20 tahun lebih. Banyak yang saya lalui, alami dan perhatikan.

Ada suatu perkara yang sering saya hadapi. Ramai tenaga pengajar baru yang perlu menyambung pengajiannya ...ke peringkat doktor falsafah, enggan pergi melanjutkan pengajiannya ke luar negeri, ke negara berbahasa Inggeris. Kenapa? Paling mudah kita dapat saja 'menyalahkan' bahasa Inggeris; penguasaan bahasa Inggeris mereka sangat lemah. Ada benarnya.

Namun, sebab yang lebih ketara kepada saya, dan jarang diakui, bukanlah itu. Daripada pengamatan saya, yang "takut" keluar negara ini adalah mereka yang pengetahuan ilmu asas dalam bidangnya, dan ilmu umumnya adalah dangkal. Sekalipun nilai gred yang didapatinya menunjukkan 3.5 ke atas, atau banyak benar A dalam transkripnya.

Penyelesaiannya: Bantu mereka menguasai ilmu ini dengan mengendalikan kursus seperti falsafah, kesusasteraan, psikologi, sejarah ... dapat saja diperpanjang senarai ini menurut keperluan. Dan di samping itu bantulah mereka meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris. Mungkin ada baiknya mereka mengikuti sesi 'a reading course' pada seorang profesor yang berpengetahuan.

Kemudian barulah mereka dihadapkan ke jawatankuasa temu duga.

No comments: