Aktiviti Terkini

Lawatan Panel Penilai MQA (29 - 30 Julai 2010)

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 19 - 28 Mac 2010

Amanat tahun baru dari VC 26 Januari 2010

Majlis menandatangani MoU bersama Mahasarakham University di Uniten Bangi pada 11 Januari 2010.

Retreat di Hotel Emperor Melaka dari 11/12/09 hingga 12/12/09.

Wednesday, May 18, 2011

Profesor Kangkung - Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Ada beberapa orang bertanya kepada saya melalui nota dan sms tentang makna Profesor Kangkung.

Memang benar kiasan ini dicipta oleh Almarhum Prof. Datuk Dr. Syed Hussein Alatas. Saya pernah mengikuti kursus sosiologi daripada beliau semasa belajar di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau memang bijaksana d...an kuliah beliau penuh dengan analogi.

Kangkung yang beliau maksudkan itu adalah kangkung air atau kangkung kolam yang akarnya tidak membumi. Kangkung yang hidup di permukaan air saja. Boleh hanyut juga. Oleh sebab itu profesor kangkung ini adalah profesor yang dangkal ilmunya, tidak mantap.

Nota: Dulu kangkung tumbuh di kolam, yang tumbuh di atas tanah ini adalah klon baru.

No comments: