Aktiviti Terkini
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC pada 19 - 28 Mac 2010
Amanat tahun baru dari VC 26 Januari 2010
Majlis menandatangani MoU bersama Mahasarakham University di Uniten Bangi pada 11 Januari 2010.
Retreat di Hotel Emperor Melaka dari 11/12/09 hingga 12/12/09.
Thursday, June 2, 2011
Wednesday, May 18, 2011
Profesor Kangkung - Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Memang benar kiasan ini dicipta oleh Almarhum Prof. Datuk Dr. Syed Hussein Alatas. Saya pernah mengikuti kursus sosiologi daripada beliau semasa belajar di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau memang bijaksana d...an kuliah beliau penuh dengan analogi.
Kangkung yang beliau maksudkan itu adalah kangkung air atau kangkung kolam yang akarnya tidak membumi. Kangkung yang hidup di permukaan air saja. Boleh hanyut juga. Oleh sebab itu profesor kangkung ini adalah profesor yang dangkal ilmunya, tidak mantap.
Nota: Dulu kangkung tumbuh di kolam, yang tumbuh di atas tanah ini adalah klon baru.
KERESAHAN DI MENARA GADING - Prof. Emeritius Dr. Abdullah Hassan
Ada suatu perkara yang sering saya hadapi. Ramai tenaga pengajar baru yang perlu menyambung pengajiannya ...ke peringkat doktor falsafah, enggan pergi melanjutkan pengajiannya ke luar negeri, ke negara berbahasa Inggeris. Kenapa? Paling mudah kita dapat saja 'menyalahkan' bahasa Inggeris; penguasaan bahasa Inggeris mereka sangat lemah. Ada benarnya.
Namun, sebab yang lebih ketara kepada saya, dan jarang diakui, bukanlah itu. Daripada pengamatan saya, yang "takut" keluar negara ini adalah mereka yang pengetahuan ilmu asas dalam bidangnya, dan ilmu umumnya adalah dangkal. Sekalipun nilai gred yang didapatinya menunjukkan 3.5 ke atas, atau banyak benar A dalam transkripnya.
Penyelesaiannya: Bantu mereka menguasai ilmu ini dengan mengendalikan kursus seperti falsafah, kesusasteraan, psikologi, sejarah ... dapat saja diperpanjang senarai ini menurut keperluan. Dan di samping itu bantulah mereka meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris. Mungkin ada baiknya mereka mengikuti sesi 'a reading course' pada seorang profesor yang berpengetahuan.
Kemudian barulah mereka dihadapkan ke jawatankuasa temu duga.
Saturday, May 14, 2011
Tuan Belum Layak - Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Bagaimana saya tahu?
Mudah saja. Apabila ada yang berura-ura mahu menjadi calon pengajian masters atau Ph.D. datang menemui saya dan tanpa segan sila berkata, "Profesor, saya mahu mengambil Ph.D. tetapi saya belum tahu tajuk tesis!"
Sah, calon ini belum menguasai bidangnya dan tidak pun tahu apa yang mahu dikajinya. Pada tahap pengajian pasca, kita perlu menguasai bidang kita. Apabila kita sudah menguasai bidang kita, ia bermakna kita sudah dapat mengenal pasti sesuatu isu atau perkara yang perlu dikaji.
Bagaimana saya berdiplomasi, hanya berkata "Bacalah buku ini ... bacalah buku itu ..."
Kadang-kadang mereka berkata, "Profesor tahu tesis mana yang saya perlu baca?"
Kata saya, "Jangan baca tesis orang ... bahaya, nanti kita tiru dia ..., lagipun tajuk tesis kita perlu ditentukan oleh kepakaran sendiri, bukan tesis orang. Hmmm!"
Dalam hati saya berkata, "Profesor kangkung mana yang mengajar Si Mamat ini!"
Tuesday, May 10, 2011
Dept. Members
Doktor Baha
Thursday, April 21, 2011
Friday, April 15, 2011
ISO audit...
12hb April 2011 satu lawatan audit ISO telah dilakukan di UNITEN ni. Tujuannya adalah untuk memeriksa file utama bagi setiap subjek. File2 untuk subjek dibawah tanggungjawab MaEd pun tak terkecuali akan diperiksa.
Seperti biasa, ahli2 MaEd akan berkumpul dibilik operasi untuk memeriksa setiap file itu terlebih dahulu.
Ni adalah sebahagian file yang dilonggokkan didalam bilik operasi. Ada lebih 20 file. Antara perkara yang perlu ada dalam file adalah silibus, note, assignment, attendance, carrymark dll.
Ja dan Mami memeriksa file2 untuk program Entrepreneurship Development. Monday, April 11, 2011
Majlis student di Swiss Garden
31 Mac yang lalu student marketing ada buat Majlis sempena tamatnya mereka belajar disini. Majlis dibuat di Swiss Garden Kuantan. Semua pensyarah Marketing dijemput hadir.
Pengiring (student)
Wakil HOD (Pensyarah)... En. Ja ni dipaksa memberikan sepatah dua kata.
Emi memberikan hadiah cabutan bertuah Thursday, March 10, 2011
Latest picture
Baru2 ni kami ahli2 Maed telah mengadakan sesi photographing di perkarangan library. Namun begitu, kami masih belum dapat untuk mengumpulkan semua ahli Maed untuk bergambarbersama atas faktor komitmen masing2.

Barisan depan dari kiri: Hamizah, Haji Osman (HOD), En. Sakarno (Dekan) dan Zuraini.
Barisan belakang dari kiri: Dr. Baharuddin, Adnan, Zulkeflee, Abd. Rahman dan Khairul Nizam.
Tiada dalam gambar ialah Cik Mahiah mantan Hod, Prof. Dr. Basheer dan Cik fadzilah.







